kita dengan dunia kita

Posted by kak | 9:03 PM | 0 comments »

kita terlalu ghairah dengan dunia n kehidupan kita tanpa fikirkan orang lain betul tak?
cemane nak tambah anak, nak tambah harta, nak tambah hutang padahal apa je sebenarnya yg kita bawak time mati nanti. ermmm...

pagi ni ada satu peristiwa yang sebenarnya menyayat hati bagi sesapa yg faham dengan mata hati.
selepas solat subuh, tiba-tiba datang seorang hamba Allah berbangsa Pakistan berjumpa imam yg bertugas. tujuannya satu je, nak minta alamat masjid berkenaan supaya beliau dapat minta tolong kakak beliau hantarkan seberapa segera bantuan kewangan kepada beliau.
aik, pelik bukan? biasanya setiap hari ada je pengemis menipu kat masjid ni. minta tolong itu ini, bab duit terutamanya. sanggup mengadai harga diri n seret anak isteri sekali. huh, itu mmg mengarut! apooo daa...
tapi si hamba Allah ni buat hati imam-imam di situ rs kesian bangat sbb beliau mmg dah 5 hari tak makan, handphone pun takde, cemane nak minta tolong kakaknya kat pakistan jauh nun di sana. nak kata menipu, byk2 kes menipu ni hati kita pun boleh nilai kan. tp yg ni betul2 lain.
rupanya si hamba Allah ni ditipu. dah keje cantik2 kat pakistan datang sini upernya nak cari keje lain yg lebih baik sbb itu yg beliau dengar ttg malaysia ni. malaysia negara aman islamik. hehe...
dahle kena tipu rm9k utk datang ke malaysia, duit tu ditelan ejen. (berdosa giler ejen tu wat orang gni. bersenang tp berdosa dgn duit haram & menyusahkan hidup orang. kalo orang tu mati, mmg berdosa besar giler)
smpi kat eport, ejen lesap. yg ada cina yang upernya jerung besar. bwk hamba Allah ni ke kilang, suh keje bagai mesin&hamba abdi. sembahyang pun tak bagi. gaji rm200 je, tempat tinggal bersama pekerja-pekerja myanmar non-muslim yg lsg xjaga kebersihan. aaaiii...dibalun supervisor dll.

insaf!
kita selesa tp .....

0 comments

Post a Comment